IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan supaya guru-guru di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat hari ini di beberapa masjid sebagai mengiktiraf peranan penting golongan itu kepada negara, bersempena dengan Hari Guru yang akan disambut 16 Mei ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Tan Sri Mohd Annuar Zaini dalam kenyataan berkata Sultan Nazrin telah menitahkan supaya khutbah Jumaat di negeri ini bertemakan "Guru Insani: Pemangkin Membangunkan Masyarakat Bertamadun".
"Ini merupakan kali pertama guru-guru di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat di masjid dalam negeri," katanya kepada Bernama ketika dihubungi, hari ini.
Di Masjid Sultan Idris Shah II yang juga Masjid Negeri Perak di sini, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di sini.
Keberangkatan tiba Raja Jaafar kira-kira 1 tengah hari disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.
Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perak Muhammad Yahya membacakan khutbah di masjid itu hari ini dengan lengkap berbaju Melayu.
Menerusi khutbah itu, Muhammad berkata guru insani bukan sahaja memiliki pengetahuan dan menguasai ilmu, malah memiliki sifat-sifat mulia seperti sabar, tekun, prihatin, hormat, serta daya menyelami dan memahami perasaan atau emosi insan lain.
"Warga pendidik berperanan besar dalam usaha mencanai pemikiran warga, agar terbina masyarakat yang bertamadun, berakhlak mulia, tinggi budi pekerti, berhemah, bermaruah, jujur, ikhlas, matang berfikir, menghargai keamanan dan kerukunan, serta bersifat patriotik kepada negara bangsanya," kata Muhammad.
Menurutnya, guru memenuhi peranan mengajar dan mendidik, turut berperanan sebagai pengasuh dan pembimbing, memberikan panduan serta teladan.
Antara masjid lain di negeri ini yang memberi penghormatan kepada guru untuk membacakan khutbah Jumaat ialah Masjid Daerah Kinta Utara yang juga Masjid Sultan Azlan Shah, Masjid Daerah Kinta Selatan dan Masjid Daerah Kuala Kangsar.
Sementara itu, Muhammad ketika ditemui berkata penghargaan dan penghormatan yang diberikan pada hari ini sekurang-kurangnya membolehkan warga pendidik itu memberikan input khususnya kepada masyarakat berkaitan tanggungjawab guru.
"Alhamdulillah, ini merupakan satu peluang yang sangat dihargai. Kalau bukan berjawatan sebagai imam ataupun khatib di masjid memang tidak dapat diberi peluang (membacakan khutbah Jumaat di masjid)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023
Sultan Nazrin Shah berkenan supaya guru-guru di negeri ini diberi penghormatan membaca khutbah Jumaat hari ini di beberapa masjid sebagai mengiktiraf peranan penting golongan itu kepada negara. -Gambar fail/Bernama
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
AWANI Borneo [11/05/2024] – Persempadanan semula kawasan DUN | Perginya ikon kebanggan Orang Ulu | Peruntukan RM7 juta
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
#AWANIBorneo 11 Mei 2024
Sarawak pertimbang semak persempadanan semula kawasan DUN.
Pemimpin negara beri penghormatan terakhir kepada Mendiang Mutang Tagal.
Peruntukan RM7 juta bagi ubah wajah tamu desa di Sabah.
Faizal Azumu nafi kenyataan tular isu calon PM
Bersatu menafikan kenyataan yang tular berhubung isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
RM7 juta diperuntukkan naik taraf 38 tamu desa di Sabah - Ewon
Sebanyak RM7 juta diperuntukkan bagi menaik taraf 38 tapak tamu desa yang telah dikenal pasti di seluruh Sabah
KKDW peruntuk RM290 juta setahun untuk luar bandar Sabah
Peruntukan RM290 juta KKDW untuk kemudahan luar bandar Sabah adalah peruntukan tahunan kementerian itu bagi membantu penduiduk negeri itu.
Saya kehilangan sahabat baik - TPM Fadillah
Menyifatkan mendiang sebagai sahabat baik sejak sekian lama, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Mutang adalah pemimpin Sarawak yang banyak memberi sumbangan sepanjang bergelar Ahli Parlimen Bukit Mas dari 1982 hingga 1990 dan banyak menyatukan Orang Ulu
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang akan terus diingati sebagai pemimpin hebat - Premier
Mutang miliki prinsip ke arah reformasi Parlimen - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan negara kehilangan individu yang sangat serius dalam usaha reformasi Parlimen dengan pemergian Yang Dipertua Dewan Negara mendiang Senator Datuk Mutang Tagal .
Gerawat Gala sebak kehilangan teman sejati
Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Gerawat Gala tmenyifatkan Datuk Mutang Tagal yang dikenalinya sejak zaman persekolahan lagi.
Majlis penghormatan terakhir untuk Mutang pada Ahad
Jasad Datuk Mutang Tagal dijangka tiba di Miri pada jam 10.30 pagi Ahad dan akan terus dibawa ke Gereja Bem Jalan Airport untuk upacara penghormatan terakhir.
Sultan Perak solat sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah
Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah.
Tular titah lama Sultan Nazrin di luar konteks, Pejabat Dewan Negara Perak buat laporan polis
Pejabat Dewan Negara Perak membuat laporan polis berhubung penularan kenyataan berunsur perkauman yang memetik titah diraja Sultan Perak, Sultan Nazrin Shahdalam konteks yang salah.
Sultan Nazrin berkenan sampaikan bantuan Aidilfitri
Dana zakat berjumlah RM11,772,300 diserahkan kepada penghulu mukim dari 12 daerah mewakili 39,241 asnaf fakir dan miskin di Perak.
Sultan Perak berkenan isytihar pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark
Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke majlis pemasyhuran Lenggong Geopark dan perasmian Galeri Lenggong Geopark.
Sultan Nazrin berangkat ke majlis penutup Tilawah al-Quran Perak
Qari Dr Anuar Hasin yang pernah muncul sebagai johan sebanyak tujuh kali sebelum ini, sekali lagi dinobat johan tahun ini.
Langkah tegas cegah rasuah isyarat kesungguhan kerajaan pupuk ketelusan - Sultan Nazrin
Negara hadapi cabaran besar memacu pertumbuhan ekonomi, lantas tata kelola yang baik sangat diperlukan untuk bina keyakinan pelabur.
NR-REE: Jangan jadi ‘harapkan pegar, pegar makan padi’ - Sultan Nazrin
Titah baginda, pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan menceroboh dan menjalankan operasi mengeluarkan mineral secara haram.
Perak catat akaun surplus dua tahun berturut-turut
Sultan Nazrin Shah bertitah, RM29.6 juta surplus dicatatkan bagi tahun kewangan 2022, manakala RM62.4 juta bagi tahun kewangan 2023.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Sultan Nazrin berkenan rasmi Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi HRPB
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat merasmikan Kompleks Wanita, Kanak-kanak dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).